Monday, 12 February 2018

6 Tips Untuk Menjayakan Penyusuan Susu Ibu

Bismillahirrahmanirrahim... 

 
Tips menjayakan penyusuan susu ibu


Bagaimana hendak berjaya menyusukan anak dengan susu ibu sehingga 2 tahun? Dalam masa yang sama si ibu dapat jaga berat  badan?

Sesetengah ibu menyusu, mereka makan banyak untuk banyakkan susu. Tapi tahu atau tidak kesan buruknya? Kesannya badan ibu semakin membesar sama macam anak pun membesar. Tak best lah kan macam ni, kita hendak anak kita membesar dengan sihat, tapi kita nak kekal ramping.

Itu pentingnya ilmu. Kita kena tahu makan apa yang boleh menambahkan susu ibu tanpa perlu tambah kalori berlebihan. Sebab itu ramai yang kata, ibu menyusu senang nak kurus dan senang nak jaga berat badan. Tapi kita tak pun macam itu, sebenarnya kita sudah tersalah anggap..kita makan banyak sebab nak tambahkan susu badan. Kalau kurang makan, kurang susu.

Kak Ummu nak share artikel dari Pa&Ma yang mana ada kaitan antara makanan dan penyusuan susu ibu.

1. Minum banyak air

Dalam usaha mengekalkan penghasilan susu ibu, pastikan anda minum banyak air. Oleh itu, anda digalakkan mengambil lapan sehingga 12 gelas air kosong sehari. Ia sudah memadai. Namun begitu, untuk kepelbagaian jenis cecair, anda boleh pilih sama ada jus buah-buahan atau sayur-sayuran; susu atau apa jua jenis sup. Makanan atau minuman seperti ini akan membantu tubuh anda menghasilkan susu yang diperlukan oleh bayi.

 2. Fokus pengambilan protein

Ketika dalam proses penyusuan susu ibu, anda perlu makan dua hingga tiga hidangan protein setiap hari. Sumber protein yang baik termasuklah daging lembu, ayam, telur, keju, susu dan kekacang.

 3. Tambahkan zat besi

Kebanyakan simpanan zat besi dalam tubuh wanita mengalami kekurangan dari tahun ke tahun selepas mula mengalami haid kali pertama. Untuk itu, anda digalakkan untuk mempelbagaikan sumber makanan yang kaya dengan zat besi dalam pemakanan seharian. Hal ini bagi memastikan bekalan zat besi cukup untuk keperluan tubuh anda dan bayi yang sedang disusukan. Jika perlu, anda boleh mengambil suplemen zat besi tambahan. Namun, berbincang dahulu dengan doktor berkenaan hal ini.


4. Ambil banyak kalsium

Pengambilan harian kalsium yang dicadangkan untuk ibu menyusu adalah 1,300 miligram sehari. Jadi, jangan lupa masukkan sumber kalsium dalam menu pemakanan anda setiap hari. Membaca label pemakanan boleh membantu anda mendapat kalsium yang cukup. Sebagai contoh, satu cawan susu atau yogurt mengandungi 300 miligram kalsium.


5. Pilih snek berkhasiat

Sela masa bagi setiap sesi makan seharusnya diisi dengan sesi kudapan. Dengan yang demikian, perut sentiada terisi. Maklum sahaja, ibu menyusu mudah berasa lapar terutamanya selepas menyusukan bayi atau mengepam payu dara. Pastikan snek yang dipilih itu berkhasiat. Contohnya, yogurt, kekacang, buah-buahan segar atau kering dan sebagainya.

6. Hati-hati dengan makanan dan minuman

Berjaga-jagalah dengan apa yang anda makan dan minum. Ingat bahawa makanan dan minuman yang mengandungi kafein, alkohol dan toksin lain mudah meresap ke dalam susu ibu jika diambil secara berlebihan. Jadi anda elakkan diri daripada keterlaluan mengambilnya.

Berdasarkan pengalaman kak Ummu menyusukan anak 2 orang dengan susu ibu, apa yang ditulis di dalam artikel ini memang betul. Makanan yang disebut di atas membantu sama ada membanyakkan susu atau menambah tenaga tanpa perlu makan berlebihan. 

Kak Ummu amalkan Full Set Menyusu Shaklee yang mana keperluan makanan tambahan sama seperti yang dicadangkan di atas. Ianya lengkap dengan nutrien yang diperlukan oleh ibu-ibu menyusu tanpa perlu risau untuk banyak makan. Paling best,  susu sentiasa cukup untuk baby manja dan berat badan terjaga :)

Susu Ibu Yang Pekat dan Mengenyangkan Si Manja



Jika ada apa-apa pertanyaan lanjut tentang produk Shaklee atau berminat untuk order, hubungi :
011-1020 7296 (whatsapp/ telegram)

Konsultansi secara berterusan adalah Percuma. EKSLUSIF untuk customer yang membuat pembelian dari saya. 

Info, tips-tips ada dikongsi di dalam Secret grup.
Nak join? Jom!


Ummu Athiyah binti Ismail
Shaklee ID (858104)
Untuk dapatkan secara COD
boleh jumpa di pick up point tertentu di kawasan sekitar:
1)  Putrajaya (Weekdays) 
2) Kajang
3) Bangi

Whatsapp 011-1020 7296 untuk Join Keahlian atau Berminat Untuk Order
Konsultansi PERCUMA diberikan.
Anda boleh dapatkan penjimatan sehingga 33% dengan hanya mendaftar sebagai ahli Shaklee. Pendaftaran hanya RM69 seumur hidup dan nikmati pelbagai keistimewaan sebagai ahli Shaklee.

Disclaimer: Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Wednesday, 18 October 2017

Jom Makan 4 Makanan ini Sebelum Tidur

Bismillahirrahmanirrahim... 

4 Makanan Sebelum Tidur

 Oleh: Rapi

Tahukah anda bahawa pemakanan juga mempengaruhi tidur? Pasti ada antara anda yang sedang merana  kerana sukar tidur malam. Jika terlelap pun hanya sekejap kerana tidur sering terganggu. Usah susah hati, artikel kali ini menerangkan tentang empat makanan yang boleh menjamin tidur yang berkualiti.

Kesemua makanan ini membantu menenangkan otot yang tegang, menenangkan fikiran dan mengaktifkan hormon serotin dan melatonin untuk membantu anda tidur dengan lebih lena.

Namun, harus diingat agar tidak terus tidur selepas makan. Sebaiknya biarkan makanan diproses dan tunggulah sehingga dua jam selepas makan baru anda mulakan tidur lena.
 
1. Teh & madu
Minumlah teh sebelum tidur dan elakkan dari mengambil minuman berkafien yang tidak elok untuk kesihatan jika diamalkan selalu. Teh Chamomile dikatakan mempunyai kesan penenang yang dapat menurunkan stress fizikal mahupun mental.  Manakala teh hijau mengandungi Theanine yang juga membantu manusia untuk lena dalam tidurnya.

2. Badam
Penting untuk sediakan kacang badam di rumah anda. Hal ini kerana badam mengandungi magnesium yang berupaya membantu manusia untuk mudah tertidur dan merehatkan otot-otot badan. Bukan itu sahaja, badam juga mengandungi protein yang berupaya menstabilkan kadar kandungan gula dalam darah ketika tidur.

3. Pisang
Kandungan magnesium dan potassium yang baik di dalam pisang mampu membantu anda untuk tidur dengan lebih lena. Jika anda mengambil pisang sebelum tidur, Triptofan yang terkandung di dalam pisang akan ditukarkan oleh sel-sel badan kepada hormon serotin dan melatonin yang berguna sebagai hormon penenang otak.

4. Flaxseed
Kalau anda nak tahu, flaxseed kaya dengan asid omega-3 yang dapat membantu memperbaiki mood anda. Flaxseed ini sesuai diambil ketika sedang mengalami stres atau tekanan berat. Tidur juga pasti akan lebih nyenyak.

Kak Ummu nak bagi tips kepada yang mengamalkan supplemen Shaklee. Kalau semua makanan di atas tiada ketika anda mengalami masalah untuk tidur atau anda berasa lapar tapi tak mau makan makanan yang menggemukkan, semua di atas boleh digantikan dengan supplemen Shaklee. Vitamin yang mana?


Ini dia, iaitu ESP (protein), Ostematrix (magnesium+kalsium) atau Omega Guard (omega 3). Selalunya, kak Ummu suggest customer untuk amik Ostematrix sebelum tidur, tetapi kalau sesiapa yang tak amik Ostematrix bolehlah pilih yang antara dua lagi tu ya.


Jika ada apa-apa pertanyaan lanjut tentang produk Shaklee atau berminat untuk order, hubungi :
012-222 9578 (whatsapp)

Konsultansi secara berterusan adalah Percuma. EKSLUSIF untuk customer yang membuat pembelian dari saya. Info, tips-tips ada dikongsi di dalam FB Secret grup. Nak join? callin2 saya k..


Ummu Athiyah binti Ismail
Shaklee ID (858104)
Whatsapp 012-222 9578 untuk Join Keahlian atau Berminat Untuk Order
Konsultansi PERCUMA diberikan.
Untuk dapatkan secara COD, boleh jumpa di pick up point:
1) Masjid Uniten , Bangi 
2) Caltex, Sg Sekamat, Kajang dan 
3) Menara Tulus, Presint 3, Putrajaya (weekdays).
Anda boleh dapatkan penjimatan sehingga 33% dengan hanya mendaftar sebagai ahli Shaklee. Pendaftaran hanya RM69 seumur hidup dan nikmati pelbagai keistimewaan sebagai ahli Shaklee.

Disclaimer: Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Tuesday, 17 October 2017

Protein Soya Pilihan Terbaik untuk Ibu yang Sibuk!

Bismillahirrahmanirrahim... 

 
Protein Soya Untuk Ibu Yang Sibuk


Ketahui 5 sebab mengapa protein soya penting untuk seorang ibu!


Sebagai seorang ibu, komitmen bukan sahaja terhadap keluarga tetapi juga kerjaya. Komitmen sebegini menjejaskan pengambilan makanan mereka kerana mereka sering mengambil makanan yang tidak seimbang atau tidak makan sebarang makanan langsung. Ia adalah amat penting bagi seorang ibu untuk mengambil minuman protein soya kerana ia dapat memberikan mereka tenaga untuk menjalani rutin seharian. Ketahui dengan lebih lanjut mengenai bagaimana protein soya dapat membantu golongan ibu.

(1) Meningkatkan Seri Kulit

Untuk kulit yang berseri, berikan kulit anda protein yang berkualiti tinggi lengkap dengan kesemua amino asid perlu. Protein soya mengandungi isoflavon yang mempunyai aktiviti estrogenik yang membantu merangsang kulit untuk kelihatan lebih muda1. Kajian turut menunjukkan bahawa pengambilan isoflavon soya membantu meningkatkan keanjalan kulit2

(2) Menguatkan Rambut dan Kuku

Keguguran rambut dan kuku yang rapuh sering dikaitkan dengan pemakanan yang tidak berkhasiat serta kekurang nutrien, terutamannya protein. Kekurangan asid amino perlu, menyebabkan badan tidak dapat menghasilkan keratin yang mencukupi. Akibatnya, rambut dan kuku kelihatan nipis dan rapuh3.

(3) Melegakan Ketidakselesaan Perut

Komitmen dan jadual harian yang padat menyebabkan pengambilan makanan diabaikan dimana ia boleh mendatangkan masalah ketidakhadaman, pedih hati, perut kembung atau gastritis, sekiranya dibiarkan berlarutan. Protein soya yang mudah disediakan dan berkhasiat memberikan si ibu hidangan yang cepat pada bila-bila masa, di mana jua. Kajian juga menunjukkan bahawa protein soya dapat mengurangkan penghasilan asid gastrik berlebihan dan memastikan perut anda sihat6.

(4) Menyokong Kehamilan Yang Sihat

Kesihatan sepanjang tempoh kehamilan adalah amat penting  untuk perkembangan bayi serta ibu mengandung. Dalam tempoh ini, ibu mengandung haruslah mengambil protein yang mencukupi bagi memenuhi keperluan janin yang sedang membesar. Pengambilan protein secara konsisten dalam tempoh kehamilan dapat membantu meningkatkan berat dan ketinggian bayi baru lahir, dan mengurangkan peratusan kelahiran bayi yang tidak cukup berat4.

(5) Menggalakan Penghasilan Susu Ibu

Susu ibu merupakan nutrisi yang terbaik bagi tumbesaran  dan perkembangan bayi. Ia juga kaya dengan antibodi yang merupakan sumber imunisasi pertama dalam saluran usus untuk bayi yang baru lahir5. Walaubagaimanapun, ibu yang sibuk sering mengabaikan pemakanan mereka semasa tempoh penyusuan. Dengan protein soya yang berkualiti tinggi, ia membantu memenuhi keperluan protein dalam pemakanan seseorang ibu yang menyusu serta membantunya menjalani tempoh penyusuan yang lebih lancar.

Pengalaman kak Ummu bersama ESP ni bila bergelar ibu berpantang, ibu menyusu dan ibu mengandung. Alhamdulillah, semua khasiat dan kebaikan protein soya kak Ummu dapat rasa, baby pun sama dapat khasiatnya.  

Siapa2 yang belum mencuba, WAJIB cuba tau! Sekali cuba, mesti konsisten lepas tu bila dah dapat kebaikan2 nya :)

Rujukan:
1. Accorsi-Neto A, Haidar M, Simoes R, Simoes M, Soares-Jr J, Baracat E. Effects of isoflavones on the skin of postmenopausal women: a pilot study. Clinics
(Sao Paulo). 2009, 64, 505-10
2. Izumi T, Makoto S, Obata A, Masayuki A, Yamaguchi H, Matsuyama A. Oral intake of soy isoflavone aglycone improves the aged skin of adult women. J Nutr Sci
Vitaminol. 2007, 53, 57-62.
3. WebMD. How Diet Affects Your Hair. Available at http://www.webmd.com/beauty/hair-health-11/eat-hair-type?page=1. Last accessed May 9, 2014.
4. Selma C.L , Gurmeet S , and Kim M, Effects of protein energy supplementation during pregnancy on fetal growth: a review of the literature focusing on contextual
factors. Food Nutr Res. 2013; 57: 10.3402/fnr.v57i0.20499
5. Martin C.R,Pei-Ra Ling P.R,and George L. Blackburn G.L. Review of Infant Feeding: Key Features of Breast Milk and Infant Formula, Nutrients. 2016 May; 8(5): 279
6. Alada A.R.A, Ajayi F.F, *Alaka O.O and Akande O.O, Gastric Acid Secretion and Experimental Ulceration in rats fed Soybean Diet Preparations , African Journal of
Biomedical Research, Vol. 8 (2005); 203 - 205

Jika ada apa-apa pertanyaan lanjut tentang produk Shaklee atau berminat untuk order, hubungi :

012-222 9578 (whatsapp/telegram)

Konsultansi secara berterusan adalah Percuma. EKSLUSIF untuk customer yang membuat pembelian dari saya. 

Info, tips-tips ada dikongsi di dalam FB Secret grup. Nak join? callin2 saya k..


Ummu Athiyah binti Ismail
Shaklee ID (858104)
Whatsapp/ Telegram 012-222 9578
Untuk dapatkan secara COD,saya adalah pengedar Shaklee di kawasan 
Kajang dan Putrajaya serta kawasan berhampiran
Anda boleh dapatkan penjimatan sehingga 33% dengan hanya mendaftar sebagai ahli Shaklee. Pendaftaran hanya RM69 seumur hidup dan nikmati pelbagai keistimewaan sebagai ahli Shaklee.


Disclaimer: Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

5 Tips Bantu Untuk Pilih Sumber Protein Yang Betul

Bismillahirrahmanirrahim... 

Pening nak pilih soya protein? Dah macam-macam jenis soya protein di pasaran, kita pun dah tahu kebaikan soya protein ini terutamanya kepada yang tengah berdiet, ibu hamil dan juga kepada ibu menyusu.

Jadi, kak Ummu cuba bantu untuk kawan-kawan pilih soya protein yang TERBAIK dan BERKUALITI berdasarkan 5 kriteria di bawah. Happy reading ya :)

 
Sumber Protein Yang Betul


1. Protein Tumbuhan vs Protein Berasaskan Haiwan?  
Kedua-dua protein tumbuhan dan berasaskan haiwan mengandungi kandungan protein yang sama. Walaubagaimanapun, sumber berasaskan haiwan seperti daging merah atau ayam mungkin mengandungi bahan kimia berbahaya dan berpenyakit. Protein soya lebih mudah dihadam, terutamanya di kalangan warga tua.

2. Kandungan Kolesterol Tinggi vs Kolesterol Rendah?
Protein berasaskan tumbuh-tumbuhan mengandungi sifar kolesterol.

3. Kandungan Tinggi Lemak vs Rendah Lemak?
Ayam mengandungi lemak tepu dan transfat. Manakala protein berasaskan tumbuhan bebas daripadanya. Jadi, makanlah kacang, biji-bijian, tauhu dan bijirin penuh yang memberikan anda protein tanpa lemak berlebihan.
 
4. GMO vs bukan-GMO?
GMO (Organisma yang diubahsuai secara genetik) ialah tumbuhan, haiwan, mikroorganisma atau organisma lain yang genetiknya telah diubahsuai menggunakan pengubahsuaian genetik atau teknik kejuruteraan. GMO ini telah dikaitkan dengan pelbagai risiko kesihatan.

5. Sumber Semulajadi vs Sumber yang diproses?
Seboleh mungkin dapatkan protein anda dalam keadaan semulajadi. Makanan yang diproses mungkin kehilangan kandungan nutrien. Apabila anda tidak mendapat protein yang mencukupi daripada diet anda, anda boleh memilih serbuk protein berkualiti tinggi yang memberikan asid amino dan kalsium untuk menguatkan tulang serta gigi.

OK dah baca kan..so bolehlah pilih soya protein anda berdasarkan kriteria di atas tanpa ragu-ragu. Kak Ummu dah buat pilihan iaitu ESP Soy Protein daripada Shaklee! Sebabnya ia menepati ciri-ciri soya protein yang berkualiti seperti di atas. Tak la risau pasal side effect ke..dan yang penting kena tahu sukatan pengambilan. 

Kak Ummu pun dapat consult daripada upline dan rakan-rakan dari dalam grup Shaklee (FB Grup). So..takdelah istilah makan semberono je tau..tu yang ada yang kata tak berkesan lah..naper tiba-tiba ada masalah lain lah. Kepada semua pembeli, kena dapatkan consultation daripada penjual tau..anda ada hak untuk dapatkan info-info berkaitan.

Nak order dari Kak Ummu, whatsapp/ telegram 012-222 9578!


Jika ada apa-apa pertanyaan lanjut tentang produk Shaklee atau berminat untuk order, hubungi :

012-222 9578 (whatsapp/telegram)

Konsultansi secara berterusan adalah Percuma. EKSLUSIF untuk customer yang membuat pembelian dari saya. 

Info, tips-tips ada dikongsi di dalam FB Secret grup. Nak join? callin2 saya k..


Ummu Athiyah binti Ismail
Shaklee ID (858104)
Whatsapp/ Telegram 012-222 9578
Untuk dapatkan secara COD,saya adalah pengedar Shaklee di kawasan 
Kajang dan Putrajaya serta kawasan berhampiran
Anda boleh dapatkan penjimatan sehingga 33% dengan hanya mendaftar sebagai ahli Shaklee. Pendaftaran hanya RM69 seumur hidup dan nikmati pelbagai keistimewaan sebagai ahli Shaklee.


Disclaimer: Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Thursday, 7 September 2017

Daftar Ahli Shaklee PWP Shaker Ekslusif (Extended)

Bismillahirrahmanirrahim... 

Berita baik!! Promosi Istimewa Merdeka 60 dilanjutkan πŸ˜„

Daftar Ahli Shaklee dan dapat beli Shaker Istimewa dan Vitamin C dengan Harga Murah! Wahh..best kan!



Shaker Ekslusif dan Vitamin C Shaklee Murah

Bagaimana nak daftar ahli Shaklee?

Sepanjang bulan September 2017, pastikan anda tidak terlepas untuk merebut peluang di atas. Untung sangat tau!


CARA 1

1) Daftar Ahli dengan harga RM68.90

2) Beli apa saja produk Shaklee sebanyak 100 point atau bernilai lebih kurang RM 400.00 (dalam 1 resit)
3) Peluang Istimewa untuk anda:
🍎Beli sebotol Vitamin C 180 biji dengan harga RM60.00* atau 
🍎Beli Shaklee Shaker 600ml dengan harga RM18.00* atau 
🍎Boleh beli kedua-duanya, sebotol Vitamin C & Shaker dengan harga RM78.00*.

CARA 2

1) Jadi ahli Shaklee secara PERCUMA dengan beli apa saja produk Shaklee sebanyak 200 point atau bernilai lebih kurang RM700.00 (dalam 1 resit), anda tak perlu bayar RM68.90 untuk daftar ahli. Automatik anda layak dapat FREE MEMBERSHIP.

2) Peluang Istimewa untuk anda:
🍎Beli sebotol Vitamin C 180 biji dengan harga RM60.00* atau 

🍎 Beli Shaklee Shaker 600ml dengan harga RM18.00* atau
🍎 Beli kedua-duanya, sebotol Vitamin C & Shaker dengan harga RM78.00*.

Berapa Harga Asal Vitamin C dan Shaker Ekslusif?

Vitamin C 
Harga Asal: RM97.50 (tidak termasuk GST)
Harga ISTIMEWA: RM60.00* sahaja 
JIMAT lebih kurang RM37.00 😍

Shaklee Shaker 
Harga Asal: RM33.90 
Harga ISTIMEWA: RM18.00 sahaja

SENARAI HARGA (termasuk GST)

πŸ’1 unit x Shaklee Shaker in Coral Orange) @RM 19.08 (Including 6% GST) OR
πŸ’1 unit x Sustained Release Vita-C Plus @RM 63.60 (Including 6% GST) OR
πŸ’1 set x Combo (Shaklee Shaker in Coral Orange + Sustained Release Vita-C Plus) @RM 82.68 (Including 6% GST)

* Limited to one(1) Shaklee Shaker in Coral Orange OR/AND Sustained Release Vita-C Plus per distributorship.
* This promotion is only valid from 1 to 30 September 2017, while stocks last.


PERINGATAN!
Promosi ini adalah EXTENDED dari bulan Ogos, so stok yang tinggal agak LIMITED. Jadi kalau taknak terlepas peluang, cepat cepat wasap Kak Ummu supaya korang dapat grab peluang di atas.



Jika ada apa-apa pertanyaan lanjut tentang produk Shaklee atau berminat untuk order, hubungi :

012-222 9578 (whatsapp/telegram)

Konsultansi secara berterusan adalah Percuma. EKSLUSIF untuk customer yang membuat pembelian dari saya. 

Info, tips-tips ada dikongsi di dalam FB Secret grup. Nak join? callin2 saya k..


Ummu Athiyah binti Ismail
Shaklee ID (858104)
Whatsapp/ Telegram 012-222 9578
Untuk dapatkan secara COD,saya adalah pengedar Shaklee di kawasan 
Kajang dan Putrajaya serta kawasan berhampiran
Anda boleh dapatkan penjimatan sehingga 33% dengan hanya mendaftar sebagai ahli Shaklee. Pendaftaran hanya RM69 seumur hidup dan nikmati pelbagai keistimewaan sebagai ahli Shaklee.


Disclaimer: Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Thursday, 18 May 2017

3 Sebab Anda Patut Grab Promosi Ini Untuk Elakkan Rasa Kecewa

Bismillahirrahmanirrahim... 

Ada sesiapa nak harga barang dengan DISKAUN 50%?

SAH untuk TEMPOH TERHAD sahaja tau!

Promosi Shaklee - PWP Ferrano Personal Blender 50% OFF

Kak Ummu sangat teruja nak share promosi Shaklee Mei 2017 ini. Cuba tengok gambar di bawah ini :) Premium item daripada Shaklee yang anda boleh beli pada Harga Diskaun 50% tau! Dimaklumkan yang Shaklee dah cuba 25 brand blender dan brand Ferrano inilah yang terbaik dari segi motor dan ciri-cirinya yang lain.

Wahh! Senang nak buat smoothies hari-hari kan. 






3 Sebab Anda Patut Dapatkan Ferrano Personal Blender ini

(1) Multipurpose Blender

Ferrano Personal Blender ini boleh digunakan untuk membuat bermacam-macam minuman seperti smoothies, protein shake, jus buah-buahan dan ice blended. Ia didatangkan dengan mata pisau yang tajam membolehkan untuk blend ais kerana menggunakan motor berkuasa hebat.

Selain itu, nak buat makanan pun boleh seperti sup, sos dan puree baby. Tugas menjadi ibu jadi lebih mudah untuk sediakan makanan dan minuman untuk diri sendiri dan keluarga dengan menggunakan Ferrano Blender ini.

(2) BPA Free


Seperti mana yang kita ketahui, barangan plastik yang selamat mesti lah BPA Free. Bahaya tau kalau guna botol yang bukan BPA Free kerana ia boleh mendatangkan mudarat kepada kesihatan. Lagi-lagi kepada bayi. Jadi dengan menggunakan Ferrano Personal Blender ini, anda tak perlu risau kerana ianya BPA Free. Lepas sahaja blend puree bayi, boleh terus transferkan puree tersebut ke bekas makanan bayi tanpa rasa risau. Anda akan dapat 2 botol berpenutup BPA Free berzais 600 ml dan 300 ml.

(3) Sarung Penebat Haba

Inilah yang paling best sebab kita boleh mengekalkan makanan/ minuman kita dalam keadaan panas atau sejuk. Selepas membuat smoothies,anda boleh sarungkan terus sarung penebat haba ke botol untuk mengekalkan suhu sejuk smoothies anda. Jadi kita boleh nikmati smoothies sejuk untuk dibawa berjalan-jalan atau puree bayi yang masih panas untuk bayi anda. Best nya..mudah untuk kita sediakan makanan bayi tanpa perlu transfer ke bekas lain.

Bagaimana Nak Dapatkan Ferrano Personal Blender ini?

Dengan setiap pembelian mana-mana produk Shaklee bernilai 250uv dalam satu resit, anda layak untuk dapatkan Ferrano Blender dengan separuh harga sahaja iaitu RM149.99 sahaja.
 
Anda juga secara automatik akan mendapat:

 1) Keahlian PERCUMA bernilai RM68.90
 2) Pos PERCUMA bagi kesemua barangan yang dibeli

 3) Pulangan tunai berjumlah RM38.00++
 4) Diskaun sebanyak 15% hingga 20% bagi pembelian semua produk-produk Shaklee dengan serta-merta

Tawaran ini sah sehingga 31 Mei 2017 dan sementara stok masih ada sahaja.


Sekiranya ada yang berminat untuk dapatkan premium item Ferrano Blender pada harga diskaun ini boleh hubungi kak Ummu melalui whatsapp 012-222 9578


Anda mungkin berminat: 

Cara Nak Kempiskan Perut Buncit





Jika ada apa-apa pertanyaan lanjut tentang produk Shaklee atau berminat untuk order, hubungi :

012-222 9578 (whatsapp)

Konsultansi secara berterusan adalah Percuma. EKSLUSIF untuk customer yang membuat pembelian dari saya. 

Info, tips-tips ada dikongsi di dalam FB Secret grup. Nak join? callin2 saya k..


Ummu Athiyah binti Ismail
Shaklee ID (858104)
Whatsapp 012-222 9578 untuk Join Keahlian atau Berminat Untuk Order
Konsultansi PERCUMA diberikan.
Untuk dapatkan secara COD,saya adalah pengedar Shaklee di kawasan 
Taman Sekamat, Sg Balak, Saujana Impian, Kajang dan Putrajaya serta kawasan berhampiran
Anda boleh dapatkan penjimatan sehingga 33% dengan hanya mendaftar sebagai ahli Shaklee. Pendaftaran hanya RM69 seumur hidup dan nikmati pelbagai keistimewaan sebagai ahli Shaklee.


Disclaimer: Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Tuesday, 16 May 2017

Kafein dan Ibu Menyusu, Adakah Selamat?

Bismillahirrahmanirrahim... 

Bolehkah ibu menyusu minum minuman berkafein? Adakah ia selamat untuk bayi yang minum susu ibunya itu?


Adakah selamat ibu menyusu minum kopi?



Soalan:

Bolehkah ibu yang menyusukan anaknya mengambil kopi? Apakah pengambilannya secara harian boleh meninggalkan kesan buruk kepada bayi?

Jawapan:

Umumnya, ibu yang menyusukan bayi boleh makan atau minum apa sahaja yang diingini asalkan ia diambil dalam kadar yang sederhana. Untuk pengetahuan puan, kebanyakan ibu menyusu boleh minum minuman berkafein asalkan ia dalam amaun yang sederhana. Ketahuilah bahawa segelintir bayi terutamanya yang berumur bawah enam bulan mungkin lebih sensitif terhadap pengambilan kafein oleh si ibu.

Adakah puan minum kopi ketika hamil? 

Saya bertanyakan soalan ini kerana bayi yang mana ibunya mengelak sepenuhnya pengambilan kafein sewaktu hamil memberi lebih reaksi terhadap kafein yang diambil ibunya pada masa kini. Walau bagaimanapun, bayi puan mungkin tidak lagi sensitif sekiranya umurnya melebihi enam bulan. Sehubungan itu, bayi baru lahir perlu mengambil masa yang lebih lama untuk memetabolismekan kafein berbanding bayi yang lebih berusia. Bayi pramatang atau bayi yang sakit juga mempunyai masalah dengan pengambilan kafein oleh si ibu.

Sementara itu, kafein telah diluluskan oleh American Academy of Pediatrics untuk diambil oleh ibu yang menyusukan bayinya. Seperti yang dinyatakan dalam Medications and Mother's Milk (Hale), kafein tergolong dalam Kategori L2 Risiko Laktasi iaitu lebih selamat; paras susu agak rendah (0.06-1.5% dos ibu) dan biasanya meningkat satu jam selepas makan. Oleh itu, jika puan ingin minum kopi, minum selepas sesi penyusuan. Dengan yang demikian, paras kafein akan menurun pada sesi penyusuan seterusnya.

Satu kajian menunjukkan amalan meminum kopi yang kronik mungkin menurunkan kandungan zat besi dalam susu ibu (Nehlig & Debry, 1994). Berdasarkan Breastfeeding Answer Book (Nancy Mohrbacher), pengambilan kafein berlebihan oleh ibu iaitu melebihi 750ml sehari boleh memberi kesan kepada bayi di mana dia menunjukkan tanda-tanda rangsangan terhadap kafein. Bayi yang terlebih rangsangan kafein menjadi aktif, bermata luas dan tidak tidur untuk tempoh yang lama. Dia juga mungkin menjadi cerewet. Jika ini terjadi, kurangkan atau hentikan pengambilan untuk dua hingga tiga minggu untuk melihat sebarang perbezaan.

Jika puan teragak-agak berkenaan amaun kafein, perhatikan kelakuan bayi. Itu sahaja cara untuk puan kenal pasti dan mendapat jawapannya. Amaun kafein yang mungkin menjejaskan bayi adalah berbeza antara seorang bayi dengan bayi yang lain. Ia bergantung pada umur dan tahap kesihatan bayi. Dianggarkan amaunnya perlu kurang daripada cawan bersaiz 5oz atau 500mg/sehari. Malah, pelbagai sumber menyarankan had bagi pengambilan kafein adalah antara 300mg hingga 750mg/sehari. Harap maklumat yang dikongsi ini dapat membantu.

(Soalan dijawab oleh Rita Rahayu Omar, Pakar Laktasi IBCLC)
 

Jika ada apa-apa pertanyaan lanjut tentang produk Shaklee atau berminat untuk order, hubungi :

012-222 9578 (whatsapp)

Konsultansi secara berterusan adalah Percuma. EKSLUSIF untuk customer yang membuat pembelian dari saya. 

Info, tips-tips ada dikongsi di dalam FB Secret grup. Nak join? callin2 saya k..


Ummu Athiyah binti Ismail
Shaklee ID (858104)
Whatsapp 012-222 9578 untuk Join Keahlian atau Berminat Untuk Order
Konsultansi PERCUMA diberikan.
Untuk dapatkan secara COD,saya adalah pengedar Shaklee di kawasan 
Taman Sekamat, Kajang dan Putrajaya serta kawasan berhampiran
Anda boleh dapatkan penjimatan sehingga 33% dengan hanya mendaftar sebagai ahli Shaklee. Pendaftaran hanya RM69 seumur hidup dan nikmati pelbagai keistimewaan sebagai ahli Shaklee.


Disclaimer: Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

 

Copyright © Moms Beauty Shoppe . Designed by Whitey Mommy