Thursday, 18 September 2014

Cara Atasi Kulit Berminyak dan Berjerawat

Bismillahirrahmanirrahim... 

Semakin ramai yang mengalami masalah kulit berminyak . Kulit berminyak menyebabkan kita kurang selesa, seterusnya mengganggu aktiviti harian kita, dan akhirnya ia boleh menjejaskan prestasi kerja kita. Kita akan rasa kurang keyakinan diri, terutama apabila melihat muka kita dalam gambar-gambar yang diambil setiap hari. Muka nampak kusam dan tidak bermaya, lebih-lebih lagi bila jerawat atau kesan parut kelihatan. Kulit yang berminyak menyebabkan jerawat tumbuh dan liang-liang roma tertutup. Akibatnya berlakunya pengumpulan sel-sel mati dan meninggalkan kesan parut dan merosakkan kulit.



Punca Kulit Berminyak

Kulit berminyak berlaku daripada hasil pengeluaran sebum berlebihan iaitu bahan berminyak yang dikeluarkan secara semulajadi dari kulit kita. Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan sebum ini terhasil.
  1. Pemakanan

    Makan makanan bergoreng, berminyak dan berlemak malah kacang juga boleh menyebabkan kulit berminyak.
  2. Hormon

    Masalah hormon yang tidak stabil akibat stress, pil perancang, pain killer juga mengundang kepada masalah kulit. Biasanya golongan remaja adalah golongan yang sering mengalami masalah hormon yang tidak menentu.
  3. Faktor Cuaca

    Cuaca yang panas meyebabkan kita mudah berpeluh. Peluh tersebut boleh menyebabkan kulit berminyak. tambahan pula bila kulit terdedah kepada sinar ultra ungu yang merbahaya menyebabkan  struktur kulit kita rosak.
  4. Penggunaan Kosmetik

    Biasanya make up akan dipakai dari pagi hingga ke petang atau ada yang sampai ke malam. Memakai kosmetik terlalu lama, tambahan lagi kosmetik tersebut mempunyai minyak menyebabkan kulit berminyak. 

 

Cara Mengatasi Masalah Kulit Muka Berminyak

Kulit berminyak memerlukan penjagaan yang rapi supaya dapat mengurangkan pengeluaran sebum berlebihan. Beberapa perkara yang perlu diamalkan bagi memastikan tahap pengeluaran sebum pada wajah dapat dikawal.
  1. Minum air secukupnya

    Minum air sekurang-kurangnya 2 liter sehari supaya kulit kita sentiasa mendapat air yang cukup dan sentiasa lembap. Bakteria mudah melekat ke atas kulit kering dan akhirnya mengeluarkan minyak.
  2. Lebihkan buah-buahan dan sayur-sayuran dalam diet

    Buah-Buahan dan sayuran-sayuran membantu mengawal minyak dalam kulit kita. Anda dinasihatkan jauhi makanan ringan, makanan bergula, mmakanan bergoreng dan berminyak.
  3. Orang yang mengalami kulit berminyak tidak boleh skip dari menggunaka moisturizer . Ia perlu dijadikan sebagai rutin harian. Pilihlah moisturizer yang OIL FREE, ALCHOHOL FREE dan WATER BASED.
  4. Gunakan toner wajah bebas alkohol

    Gunakan toner yang bebas minyak dan bebas alkohol. Mengamalkan toner pada setiap hari membantu membuang kotoran dan minyak pada muka anda.Pilih toner yang pH nya seimbang.
  5. Basuh muka 2 kali sehari menggunakan Cleanser

    Basuhlah muka supaya kesan-kesan peluh, bakteria dan minyak di muka sentasa dibersihkan. Untuk mendapatkan kesan pembersihan secara menyeluruh, basuh muka menggunakan cleanser 2 kali sehari. pilih cleanser yang berasaskan gel atau foaming cleanser dan bebas dari minyak. 
  6. Amalkan supplement

    Pengambilan supplement secara konsisten juga membantu memelihara kulit dari dalam. Anda boleh mengamalkan  B Complex, GLA Complex, Vitamin E dan ESP untuk masalah kulit berminyak.  



B Complex membantu peredaran darah pada kulit dan ia juga merupakan vitamin anti stress

GLA Complex adalah pilihan terbaik untuk membantu menstabilkan hormon anda, kadangkala jerawat tumbuh disebabkan hormon yang tidak stabil. GLA juga membantu mencairkan sebum yang berminyak dan mengurangkan rongga dari tersumbat iaitu punca tumbuhnya jerawat.


Vitamin E pula, merupakan vitamin antioksidan yang membantu melindungi kulit dari sinaran matahari dan sinaran ultra ungu, sebagai pelembap semulajadi kepada kulit. 


Protein pula boleh membantu menggantikan sel-sel mati kepada sel-sel yang baru. Protein dikatakan makanan paling asas kepada kulit kita. Kulit yang cukup makanan menghasilkan kulit yang sihat dan segar. Protein dapat mempertingkatkan pemulihan luka dan mengurangkan parut.

dan boleh tambah Vitamin C

SR Vitamin C berfungsi untuk mempertingkatkan sistem imun dan membantu menyekat bakteria penyebab akne

Nak cuba set ini?

sms/whatsapp ---> 012-222 9578
Konsultasi Percuma diberikan  :)

Jemput singgah dan like FB Moms Beauty Shoppe



Ummu Athiyah binti Ismail
Shaklee ID (858104)
SMS/Whatsapp 012-222 9578 untuk membuat sebarang pembelian.
Konsultansi PERCUMA diberikan.
Untuk dapatkan secara COD, saya adalah pengedar Shaklee di kawasan Kg Sg Merab Luar, Bangi dan Sg Sekamat, Kajang dan Dataran Masjid Putrajaya (weekdays).
Kini anda boleh dapatkan penjimatan sehingga 20% dengan hanya mendaftar sebagai ahli Shaklee. Pendaftaran hanya RM65 seumur hidup dan nikmati pelbagai keistimewaan sebagai ahli Shaklee.




Disclaimer: Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Related Posts by Categories



0 comments :

 

Copyright © Moms Beauty Shoppe . Designed by Whitey Mommy