Thursday, 11 September 2014

Cara Hilangkan Jeragat Dalam Masa 45 Hari

Bismillahirrahmanirrahim... 

Menurut  Perunding Dermatologi Klinik Koh Skin Specialiast, Dr. Koh Chuan Keng masalah kulit tidak sekata atau jeragat adalah sejenis penyakit kulit yang tidak berbahaya tetapi kehadirannya menyebabkan kulit wajah seseorang kelihatan tidak sihat dan ia mampu menjejaskan penampilan individu. Umumnya, masyarakat Malaysia khususnya kaum Melayu dan Cina mengenali jeragat sebagai tompok hitam atau pigmentasi pada kulit atau biji hitam seperti tahi lalat yang bertapak secara berkelompok di beberapa bahagian badan, wajah dan leher.





“Ia terbahagi kepada dua jenis iaitu:

(1) Pigmentasi (tompok hitam yang leper di dalam lapisan kulit atau biji seperti ketumbuhan kecil pada kulit) dan masalah pigmentasi adalah seperti melasme, freckles, atau solar lentigenes.

(2) Manakala masalah biji atau ketumbuhan pula seperti seborrhoeic keratoses (biji hitam yang timbul seperti tahi lalat yang tumbuh secara berkelompok), actinic keratoses dan skin tag (lebihan daging berwarna coklat atau hitam) yang kebiasaannya tumbuh pada leher, muka dan celah ketiak.

Bintik samar (barely visible spot) walaupun kurang ketara pada pandangan mata kasar tetapi boleh menyebabkan tona kulit tampak tidak sekata apabila ia ‘bersembunyi’ di bawah permukaan kulit. Bintik ini disebabkan oleh pigmentasi hiper iaitu pembebasan histamine (sejenis kimia yang dibebaskan oleh sel sistem imun tubuh) kulit berlebihan dan ia belum lagi muncul pada permukaan kulit sepenuhnya.

Kulit kusam terjadi disebabkan oleh masalah sel-sel yang bercampur-campur. Sel kulit yang mati dan sel baru saling bercampur menyebabkan kulit tampak gelap dan bernoda. Pertumbuhan sel-sel juga lambat dan sel-sel baru kurang berkembang. Ini menyebabkan kulit tampak pudar.”

“Walaupun jeragat tergolong sebagai penyakit kulit ia tidak menimbulkan kesan memudaratkan kecuali kaedah rawatan dan bahan yang digunakan tidak bersesuaian atau perlakuan fizikal di sekitar kulit berjeragat seperti mengutil dan mencabut mampu menyebabkan kesan luka, berdarah dan bernanah pada kawasan bermasalah,” ujar beliau lagi.



SINARAN UV PUNCA GEJALA

Terdapat beberapa faktor menyebabkan kulit ditumbuhi jeragat iaitu kesan cahaya matahari, faktor genetik dan pil perancang. Bagi golongan yang mengambil pil perancang ini potensi untuk mendapat kulit berjeragat adalah lebih tinggi seperti amiodarone, bleomycine, chloroquine, antibiotic seperti minocydine.

Kebiasaannya jeragat menyerang wanita pertengahan umur seperti 30 tahun ke atas. Tetapi tidak mustahil golongan 20-an juga berdepan dengan masalah ini berikutan jeragat juga berpunca daripada faktor genetik.

Bagi wanita yang terdedah dengan cahaya matahari, risiko berdepan kulit berjeragat jauh lebih besar. Jika seseorang wanita itu bekerja di lapangan atau sering terdedah kepada sinaran matahari dan tidak melindungi kulit dengan krim ultra ungu (UV), maka kulit akan menjadi lebih kasar, pigmentasi.

Sinaran UVA dan UVB juga menyebabkan kulit cepat kehilangan kolagen. Kolagen pada kulit tidak boleh diganti dengan menyapu krim kolagen pada kulit atau dengan mengambil kolagen melalui pemakanan. Oleh itu kita kena menjaganya daripada sinaran matahari. Apabila kulit kehilangan banyak kolagen maka berlakulah kedut-kedut di muka. Ini menyebabkan kita kelihatan lebih tua daripada usia sebenar.

KAEDAH RAWATAN

“Seterusnya, jeragat boleh dirawat sama ada dengan menggunakan ubat yang disapu pada kulit yang bermasalah atau secara fizikal melalui teknik pembedahan tertentu. Kesesuaian rawatan bergantung pada jenis jeragat. Namun begitu bagi jeragat timbul seperti seborrhoeic, keratoses, actinic keratoses dan skin tag, rawatan fizikal adalah cara terbaik manakala penggunaan krim adalah tidak sesuai.

Sebarhoeic keratoses boleh dirawat dengan rawatan fizikal menggunakan electrocautery iaitu alat cautery yang menghasilkan heat (haba) yang berfungsi memusnahkan kelompok bintik hitam berkenaan atau rawatan Cryotheraphy yang menggunakan cecair nitrogen atau rawatan pembedahan laser. Bagi melasme pula adalah sapuan krim seperti krim hydroquinone, krim daripada kombinasi hydroquinone, tretinoin dan steroid, krim isotrenoin atau pengelupasan kimia.

Bagi mengatasi masalah jeragat, kaum wanita disarankan lebih peka terhadap penjagaan kulit termasuk mengambil langkah pencegahan dengan menggunakan krim pelindung matahari sekiranya melakukan aktiviti luar selain mendapat rujukan doctor untuk megenal pasti penyebab dan rawatan sesuai.

“Semakin berusia individu itu semakin banyak jeragat yang timbul pada kulit. Walaupun jeragat yang timbul pada kulit, ia tidak berbahaya atau mengancam nyawa. Tetapi bagi warga tua yang menghadapi masalah jeragat serius mereka disarankan berjumpa doktor kerana dibimbangi ia bukan jeragat biasa tetapi sejenis kanser kulit.” Katanya di hujung perbualan.

BERITA BAIK

Bagi anda yang berasa risau akan masalah ini sebenarnya terdapat juga antara cara terbaik bagi mengatasi masalah ini. Kita percaya antara cara terbaik untuk mengatasi masalah ini dengan mula bertindak menjaga kesihatan dalaman anda. Apabila tubuh badan anda berada dalam keadaan yang baik dan sihat, ia secara tidak langsung juga akan menyerlahkan kecantikan kulit anda.





Ini dia testimoni terbaik Shaklee Collagen Powder menghilangkan jeragat hanya dengan 3 kotak sahaja.

”Pic dua2 ni mmg pic asli.. Xpakai make up ke apa.. Sebab tu korang bleh tgok lagi kesan pigmentasi yg semakin samar2 tuh.. Kalo sekiranya sy apply fondation mmg kesan tuh hilang rata je ngan kulit.. Dulu kakak sy sndiri slalu suh sy guna naturactor bagai hehehe. Cuma sy rasa masih pelik kalo bersih tang2.. Dah bertahun2 ngan jeragat nih.. Semakin teruk bila mengandung.. Menjadi2.

Jadi sy amik keputusan.. Biarlah sy tunggu hilang sndiri je dgn supplement shaklee nih..xyah susah2 nak smbunyikn..sebab sy yakin ia akan hilang. Btw umo sy masih 24tahun(salam perkenalan.. Sy mama 3anak kecil :P. ramai plak dok pm sy panggil kakak…segan hikhik).

Kesan utama collagen nih.. Sgt terasa kulit kita lembuttt je. Semakin cerah bukan kat muka je.. Tp semua2. Kesan calar2,sunburn..semua xde dah..sebab dulu sy nih mmg ahli persatuan..aktif berjemur,berkhemah sana sini.”

Nampak kan bagaimana hanya dengan 3 kotak kolagen, PORI nya MAKIN MENGECIL, KULIT MAKIN GEBU dan PUTIH, JERAGAT semua PUDARdan hampir tidak kelihatan..MUKA PON TAK BERMINYAK!! sangat best!! 

Jomm..cepat2 dapatkan
Hubungi 012-222 9578 (sms/whatsapp)

Boleh lawat di sini juga:




Ummu Athiyah binti Ismail
Shaklee ID (858104)
SMS/Whatsapp 012-222 9578 untuk membuat sebarang pembelian.
Konsultansi PERCUMA diberikan.
Untuk dapatkan secara COD, saya adalah pengedar Shaklee di kawasan Kg Sg Merab Luar, Bangi dan Sg Sekamat, Kajang dan Dataran Masjid Putrajaya (weekdays).
Kini anda boleh dapatkan penjimatan sehingga 20% dengan hanya mendaftar sebagai ahli Shaklee. Pendaftaran hanya RM65 seumur hidup dan nikmati pelbagai keistimewaan sebagai ahli Shaklee.


Disclaimer: Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Related Posts by Categories



0 comments :

 

Copyright © Moms Beauty Shoppe . Designed by Whitey Mommy