Thursday, 21 May 2015

Makanan Sunnah Di Dalam Mealshakes

Bismillahirrahmanirrahim... 

Tetiba nak buat entry ni sebab tak semua orang tahu tentang makanan sunnah iaitu Arabic Gum..dikenali juga sebagai Acacia gum atau Al-Manna. Semalam, ada satu canister Al-Manna ni kat rumah ibu. Jenama apa dan berapa harga pun tak tengok. Mesti abang saya punya kot..dia tak tahu selama ni dalam Mealshakes pun ada makanan sunnah ni. Ada satu canister Melashakes memang ada tinggalkan kat umah ibu sebab ibu jaga Irfan dan Ikhwan.

Jom kenali Acacia Gum nih...

Arabic Gum @ Acacia Gum @ Al-Manna



Arabic Gum @ Acacia Gum @ Al-Manna adalah sejenis produk asli dari resin pokok Akasia yang tumbuh di Sudan. Di sebelah barat mereka memanggil Al Manna ini dengan ” Acacia Powder”. Di negara Arab ia digelar “Bread from Heaven” kerana Arabic Gum atau Al-Manna ini ada disebut di dalam kitab Al-Quran dalam surah Al-baqarah ayat 57.

“ Dan kami telah menaungi kamu dengan awan (panas matahari di padang pasir) dan kami turunkan kepada kamu “manna dan salwa”, (serta kami berfirman):, Makanlah dari makanan yang baik yang kami telah kurniakan kepada kamu”, dan tidaklah mereka menganiaya kami (sebab mereka kufurkan nikmat  itu) tetapi sebenarnya mereka adalah menganiaya diri sendiri “. – Surah Al-Baqarah Ayat 57


Arabic Gum (dipanggil Gam Arab di Malaysia) ada 2 jenis, iaitu Acacia Senegal dan Acacia Seyal. Acacia Senegal adalah jenis Arabic Gum juga kadangkala dipanggil Acacia Gum, terutamanya di Amerika dan Eropah adalah yang terbaik dan biasanya digunakan untuk makanan tambahan kesihatan dan dalam industri-industri pemakanan dan perubatan. Manakala Acacia Seyal biasanya digunakan untuk industri-industri lain.

Tiada bahan emulsifier yang sebaik Gum Arabic, 3 sudu teh Gum Arabic mengandungi lebih fiber mudah larut dari 10 mangkuk oatmeal, 13 lobak merah, 15 biji epal, 44 biji prune dan mengunyah 7 hari Gum Arabic mengurangkan karang gigi dan gusi.  

Ia juga menghalang pertumbuhan bakteria pada gusi. Gam Arab ini dikatakan mempunyai kandungan prebiotik semulajadi tertinggi sama fungsi dengan prebiotik yang terdapat dalam susu ibu and 10 kali ganda kaya dengan kalsium yang terdapat dalam susu lembu.

Menurut Wikipedia, “Acacia Gums (Gum Arabic) are considered the richest natural source Prebiotic”. Atau bahasa melayunya, Acacia Gum ini adalah sumber paling tinggi dengan Prebiotik.
 
Acacia Gum di dalam Mealshakes


9 FAKTA DAN KEBAIKAN GUM ARABIC


Berikut adalah fakta-fakta dan maklumat tentang Gum Arabic atau mengenai kebaikan-kebaikan Gum Arabic (Acacia Senegal):-

1. US Food and Drug Administration (USFDA) menyatakan Gum Arabic adalah satu sumber serat makanan yang paling selamat.

2. Jawatankuasa Bersama Pakar Food and Agriculture Organization (FAO) & World Health Organization (WHO) telah bersama-sama membuat ujian tentang penggunaan ke atas gum arabic dan mengesahkan bahawa Gum Arabic adalah bahan yang amat selamat untuk dijadikan sebagai makanan tambahan.

3. Orang-orang Sudan dan Mesir telah lama makan Gum Arabic tanpa sukatan dan tidak mengalami kesan sampingan yang buruk kepada kesihatan mereka, malah memberikan mereka tenaga yang diperlukan untuk bekerja di ladang-ladang.

4. Gum Arabic tidak dicerna dalam usus tetapi diperam di dalam kolon dan apendiks, ini menghasilkan asid lemak rantaian pendek (short-chain fatty acids, SCFA), yang menyumbang kepada pelbagai kebaikan kepada kesihatan, terutama sebagai prebiotik. Prebiotik membekalkan makanan kepada bakteria baik probiotik yang bertanggungjawab dalam membebaskan sisa najis, toksin dan lemak berlebihan dari badan. Probiotik, yang hidup di dalam kolon dan apendiks, berperanan mengukuhkan sistem imuniti dan memerangi bakteria berbahaya. Probiotik juga sedikit sebanyak beperanan mengurangkan kolestrol dalam darah, sebagai antiagen yang melawan pertumbuhan kanser dalam tisu hidup, sebagai anti-oksidan dan pendiding kepada keracunan hati dan jantung.
 
Ikutilah tentang perbezaan antara prebiotik dan probiotik dan peranan mereka dalam memantapkan sistem imun badan manusia.

5. Kajian membuktikan Gum Arabic boleh mengurangkan beban kepada buah pinggang dan merawat sakit buah pinggang yang kronik. Bliss et al. (1996) dalam American Journal of Clinical Nutrition, melaporkan bahawa pesakit dengan kegagalan buah pinggang kronik yang makan diet rendah protein berserta 50 gram gum arabic sehari mempunyai perkumuhan nitrogen najis yang lebih besar dan urea serum lebih rendah berbanding dengan pesakit yang hanya makan diet rendah protein tanpa makan gum arabic. Gum arabic didapati boleh membantu menurunkan uraemia dan sekaligus mengurangkan kekerapan dialisis, dengan itu meningkatkan kualiti hidup pesakit kegagalan buah pinggang kronik. Kajian oleh Adil Ahmed Ali et. al. (2008) dari Faculty of Medicine, Department of Biochemistry and Nutrition, University of Gezira, Wad Medani, Sudan, ke atas 36 pesakit buah pinggang kronik (chronic renal failure atau CRF) selama 3 bulan membuat kesimpulan bahawa pengambilan gum arabic boleh mengurangkan kesan buruk CRF.

6. Ramai ahli saintis atau pengkaji telah menemui atau membuktikan bahawa Gum Arabic adalah setaraf dengan susu ibu dari segi kesan prebiotiknya dan keberkesanan Gum Arabic merawat pelbagai penyakit yang berpunca daripada usus, lemak, gula atau kolestrol sudah tidak diragui lagi. Semua pengkaji bersetuju bahawa Gum Arabic boleh membantu badan berfungsi dengan sempurna bagi menghalang atau merawat pelbagai penyakit yang berpunca dari makanan dan minuman yang tidak sihat dan pencemaran air, udara dan radiasi.

A) Dr. Isam Siddiq, seorang pakar dalam Gum Arabic dan kegunaannya dari Sudan, berkata Gum Arabic adalah bahan prebiotik dan merupakan makanan tambahan yang amat penting untuk menyediakan badan dengan tenaga dan membantu meningkatkan prestasi usus. Dr. Isam menambah lagi bahawa kandungan prebiotik dalam Gum Arabic bertindak menyuburkan bakteria baik dalam usus yang bertanggungjawab membuang segala toksin, lemak yang berlebihan dan bahan-bahan yang tidak berguna (waste) dari badan. Prebiotik juga menguatkan sistem imun dan melawan bakteria yang berbahaya. Dr. Isam juga mengkritik karenah Barat yang lebih mempromosikan gandum dan barli sebagai sumber serat makanan yang diperlukan oleh badan, sedangkan gandum dan barli mengandungi kalori yang tinggi yang akhirnya membawa kepada penyakit diabetis dan obesiti. Sedangkan serat makanan yang amat baik untuk badan adalah serat makanan larut yang terdapat dalam Gum Arabic yang juga mempunyai kesan prebiotik. Kebanyakan doktor perubatan yang mengesyorkan pengambilan serat makanan antara 25-35 gram sehari adalah mereka yang tidak mempelajari tentang sains nutrisi, jadi mereka tidak mempunyai pengetahuan tentang jenis serat yang baik dan yang tidak baik.

B) Gum Arabic boleh merawat cirit birit ringan, masalah buasir dan penyakit-penyakit yang berkaitan dengan saluran gastro usus, iaitu kawasan esofagus, perut, usus kecil, kolon, rektum, dan dubur. Ini telah dinyatakan oleh Prof. Omaima Mohi-Eddin Sabir, seorang pakar pediatrik. Beliau berkata, penyelidikan perubatan yang dijalankan ke atas Gum Arabic telah membuktikan bahawa ia berkesan dalam rawatan pelbagai penyakit seperti penyakit usus dan lain-lain, rawatan penyakit kulit sensitif, sembelit, cirit-birit, kekeringan, saraf kolon, kencing manis, oestomalacia kanak-kanak, hiperaktif, kolesterol dan lain-lain. Menurut beliau lagi, kajian-kajian mengenai perkara ini telah dijalankan di Hospital Ahmed Qassim dan Hospital Ja'far Ibn Aouf di Sudan dan Hospital al-Qasr al-Aini di Mesir.

C) Hamid Al-Amin, pensyarah di Kolej Kebangsaan Sudan, dalam satu kajian mengenai perubatan kegunaan Gum Arabic, menamakan kelebihan Gum Arabic dalam rawatan lain penyakit seperti selesema dan cirit-birit di beberapa negara Afrika. Beliau juga mengkaji sumbangan Gum Arabic dalam mengurangkan kadar jangkitan penyakit jantung dengan menambah pengambilan serat dan merendahkan kadar kolesterol dalam darah. Di samping itu, Gum Arabic juga dapat meningkatkan kecekapan insulin untuk membantu pesakit diabetes. 

D) Prof. John R. Lopin, Penasihat Saintifik di AidGum Foundation, menyatakan Gum Arabic adalah sejenis resin dan pada masa yang sama ia bertindak sebagai prebiotik untuk menghasil asid lemak rangkaian pendek (short-chain fatty acid) yang memberikan tenaga kepada badan di samping menguatkan fungsi usus.

8. Mengenai kemampuan Gum Arabic mengurangkan risiko sakit jantung, terutamanya sakit jantung koronari (Coronary Heart Disease, CHD), ini adalah dikaitkan dengan kemampuan gum arabic menurunkan paras kolestrol LDL dalam darah disebabkan kandungan serat makanan larut (soluble dietary fiber) yang tinggi dalam Gum Arabic. Kajian-kajian yang telah dibuat oleh Kromhort et al. (1982), Pietinen et al. (1996), Rimen et al. (1996), dan Khaw and Barrett-Connor (1987) telah membuktikan bahawa serat larut memainkan peranan penting dalam mencegah atau mengurangkan CHD.

9. Gum arabic adalah satu-satunya makanan yang mempunyai serat larut yang paling tinggi, mencecah sehingga 85% mengikut fakta pemakanan (nutrition fact) serbuk bancuhan segera gum arabic yang dikeluarkan oleh beberapa pengusaha. Ini bermakna pengambilan 10 gram gum arabic sehari menyumbangkan 8.5 gram serat makanan larut.
 
Banyak sungguh kan kebaikan Prebiotik yang boleh didapati dari sumber Arabic Gum @ Acacia Gum @ Al-Manna yang ada di dalam Mealshake Shaklee ini. Patutlah bila ambil Mealshake Shaklee ini ramai yang dapat rasa kesan positive. Shaklee nie ada saintis2 tersendiri. Bukan hantar ke lab luar untuk buat kajian. Jadi sepadan dengan trademarknya, “Sentiasa selamat, sentiasa berkesan dan sentiasa mesra alam”. Bahan-bahan yang digunakan semua adalah bahan yang terbaik dan semula jadi. Tiada dadah atau bahan merbahaya tau. Sebab itu semua produk shaklee ada kelulusan KKM yang tak perlu diragui lagi :) 
 
Bila baca kebaikan prebiotik di atas patutlah dan sepadan dengan kesan baik selepas mengambil mealshake. 

Kebaikan atau kesan sampingan Mealshake yang perlu anda tahu. 

  • Membantu menambahkan berat badan bagi orang dewasa atau kanak2 setahun ke atas. 
  • Membantu memberi selera makan untuk orang dewasa atau kanak2 setahun ke atas. 
  • Membantu dalam masalah sembelit yang dihadapi kanak2 setahun ke atas. 
  • Membantu memberi tenaga berpanjangan
  • Membantu membekalkan nutrisi yang mencukupi untuk keperluan badan. 
  • Membantu di dalam sistem imun kanak-kanak. Anak yang mengambil Mealshake terbukti jarang sakit dan demam.  
  • Membantu mengurangkan ekzema, asma, lelah pada kanak-kanak dan dewasa.

Jika berminat untuk cuba, hubungi segera:
012-222 9578 (sms/whatsapp)

Konsultansi secara berterusan adalah Percuma yer u'olls! EKSLUSIF untuk custoner yang membuat pembelian dari saya.

Dapatkan pada Harga Ahli dengan berdaftar dengan Ummu sekarang untuk beli dengan Harga Penjimatan! PERCUMA Vitalea sementara promosi masih berlangsung.


Ummu Athiyah binti Ismail
Shaklee ID (858104)
SMS/Whatsapp 012-222 9578 untuk membuat sebarang pembelian.
Konsultansi PERCUMA diberikan.
Untuk dapatkan secara COD, saya adalah pengedar Shaklee di kawasan 
1)Kg Sg Merab Luar, Bangi 
2) Sg Sekamat, Kajang dan 
3) Menara Tulus, Presint 3, Putrajaya (weekdays).
Kini anda boleh dapatkan penjimatan sehingga 33% dengan hanya mendaftar sebagai ahli Shaklee. Pendaftaran hanya RM69 seumur hidup dan nikmati pelbagai keistimewaan sebagai ahli Shaklee.

Disclaimer: Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Related Posts by Categories



0 comments :

 

Copyright © Moms Beauty Shoppe . Designed by Whitey Mommy