Wednesday, 7 December 2016

Set Menyusu Shaklee - Penyusuan Susu Ibu Sehingga Dua Tahun

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum..

Nak menyusukan anak dengan susu ibu sehingga dua tahu?

In sha Allah..Kak Ummu nak share supplemen yang kak Ummu amalkan untuk menyusukan sepenuhnya 2 tahun dengan susu badan anak-anak kak Ummu. Anak pertama sehingga 2 tahun 3 bulan dan anak kedua sehingga 2 tahun 9 bulan.

Alhamdulillah..anda pun boleh juga :)

 
Set Menyusu Shaklee


Senarai vitamin yang kak ummu amalkan sepanjang penyusuan 2 tahun anak-anak dengan susu ibu:

1) Energizing Soy Protein (ESP) 
- merupakan minuman yang wajib diminum setiap hari bagi ibu-ibu menyusu. Jadi wajib sebab kesannya yang ohsem kepada kualiti susu ibu :)
- ia sejenis susu soya yang sangat tinggi kandungan protein
- ia menepati 7 kriteria soya yang selamat diambil dan sudah semestinya organik. 
- memandangkan komposisi utama susu badan adalah protein, maka ESP sememangnya supplement yang membantu memperbanyakkan susu badan. 
- minum ESP ini secara konsisten dan anda dapat melihat susu perahan anda semakin pekat. Lagi pekat lagi lemak berkrim dan baby mudah kenyang :)

Nota Penting:
- jika anda berusaha untuk banyakkan susu dengan memakan sumber soya yang lain seperti tempe, air soya, jangan lupa bahawa protein adalah sangat sensitif kepada pemanasan. 
- jadi kemungkinan peratusan protein adalah sangat minima ya.. Disebabkan faktor itulah ESP tidak boleh dibancuh bersama air panas

2) Vitalea Iron Formula  
– berfungsi sebagai multivitamin yang mengandungi 28 jenis nutrien lengkap. 
- dapat membantu memberi kecergasan dan tenaga kepada ibu-ibu menyusu. 
- kadangkala ibu menyusu sudah rasa pemakanan seharian sudah mencukupi, tetapi masih rasa penat dan faktor penat juga antara salah satu faktor produksi susu merudum.

Nota Penting:
- ramai ibu menyusu yang abaikan multivitamin sebab rasa tak penting, tapi percayalah kalau anda ada tanda-tanda seperti cepat mengantuk, letih, penat untuk uruskan kerja-kerja rumah, rasa nak pitam selepas mengepam atau menyusu..kak ummu really RECOMMENDED ambil Vitalea ini bersama Vitamin C 
-  dua vitamin ini bila makan bersama

3) B Complex
- dikenali sebagai vitamin anti stress dan pemberi ketenangan. Selain itu ia juga dapat membaiki kesihatan urat saraf. 
- hanya sebiji sehari dapat memberi kelegaan berpanjangan kepada ibu menyusu. 
- jika anda sentiasa happy dan tenang, susu pun mencurah-curah keluar, in shaa Allah

Nota Penting: 
- digalakkan untuk diambil pada waktu pagi, sebab akan rasa sepanjang hari kurang stress dan semua perkara yang terjadi pada hari tersebut dapat ditangani dengan mudah dan tenang..TRUST ME!
- ini vitamin yang kak ummu ambil setiap hari tanpa miss dan kalau pening kepala boleh up kan dos (rujuk pengedar masing-masing tentang cara pengambilan dan tips tentang b complex ini tau!)

4) Vitamin C Sustained Release 
– Anti oksidan semulajadi dan mampu menggalakkan salur darah supaya sihat. Ia juga sebagai perisai kepada sebarang jangkitan atau pun sebagai sistem imunisasi.  

Nota Penting:
- jika anak tidak sihat, ibu menyusu boleh double dos untuk tingkatkan sistem imun anak melawan penyakit (rujuk pengedar masing-masing cara pengambilannya)
- khasiat vitamin dapat disalurkan melalui susu ibu..ini yang kak ummu amalkan sebab anak masih baby tidak boleh makan ubat kan..  

5) Alfalfa Complex 
- gandingan ESP bersama alfalfa memang super mantap dan memang tak dapat dinafikan lagi. 
- milkbooster yang paling mudah diamalkan dan dibawa ke mana-mana :)
- antara HOT ITEM kerana ianya juga mempunyai beberapa fungsi yang lain seperti ejen detox, merawat keputihan, pengetat vagina dan mengurangkan resdung dan masalah kegatalan.

Nota Penting:
- kena minum banyak air sebab Alfafa ini tinggi fiber 
-alfafa ini boleh dijadikan masker muka, boleh tanya pengedar masing-masing macam mana nak buat masker ini tau! 
 
6) Ostematrix 
- gabungan kalsium dan magnesium di dalam satu vitamin yang dipanggil Ostematrix. 
- untuk pengetahuan semua, penyerapan kalsium adalah di tahap paling optimum jika diambil bersama magnesium. Jadi, memang sangat sesuai la jika anda ibu yang tak suka minum susu atau ibu yang agak liat nak membancuh susu. 
- kalsium memang supplement wajib untuk ibu menyusu kerana anda sedang berkongsi segala nutrien bersama anak yang sedang disusukan. 

Nota Penting:
- jika ibu menyusu ada alahan susu, bolehlah amalkan Ostematrix ini. Kak ummu tak boleh nak minum susu tepung (tak tertelan okeh), so ini adalah alternatif untuk dapatkan kalsium
- ia juga direka sebagai tablet MUDAH DITELAN tau
- bila masa TERBAIK untuk makan Ostematrix? Silalah tanya pengedar masing-masing tau. Korang dah beli..kenalah dapat guide yang betul..kan?

Supplemen yang kita makan ini adalah salah satu daripada usaha. Ia jadi asbab untuk susu banyak dan dapat menyusukan anak sehingga dua tahun. 

Tidak semua orang perlukan supplemen untuk banyakkan dan tidak semua orang mampu menyusukan anak tanpa menggunakan supplemen. 

Jadi..kita sebagai ibu lah yang kena bijak membuat pilihan sama ada untuk keluarkan belanja beli susu formula atau beli supplemen yang beri manfaat untuk ibu dan juga anak.

Nak lagi banyak tips-tips penyusuan?
In Sha Allah kak Ummu akan kongsikan dalam blog ini..tapi kalau yang dah beli Set Menyusu daripada kak Ummu, ofkos dapat macam-macam lagi tips dan ilmu dengan lebih cepat dan mudah..in sha Allah :)


Anda mungkin berminat:

Petua Merawat Puting Melecet Ketika Menyusu

Kebaikan B Complex Shaklee Untuk Ibu Menyusu

Puting Kosong dan Air Kosong Kepada Bayi

 

 

Jika ada apa-apa pertanyaan lanjut tentang produk Shaklee atau berminat untuk order, hubungi :
012-222 9578 (whatsapp)

Konsultansi secara berterusan adalah Percuma. EKSLUSIF untuk customer yang membuat pembelian dari saya. 

Info, tips-tips ada dikongsi di dalam FB Secret grup. Nak join? callin2 saya k..


Ummu Athiyah binti Ismail
Shaklee ID (858104)
Whatsapp 012-222 9578 untuk Join Keahlian atau Berminat Untuk Order
Konsultansi PERCUMA diberikan.
Untuk dapatkan secara COD, boleh jumpa di pick up point:
1) Masjid Uniten , Bangi 
2) Stesyen Minyak Caltex, Sg Sekamat, Kajang dan 
3) Menara Tulus, Presint 3, Putrajaya (weekdays).
Anda boleh dapatkan penjimatan sehingga 33% dengan hanya mendaftar sebagai ahli Shaklee. Pendaftaran hanya RM69 seumur hidup dan nikmati pelbagai keistimewaan sebagai ahli Shaklee.

Disclaimer: Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Related Posts by Categories



0 comments :

 

Copyright © Moms Beauty Shoppe . Designed by Whitey Mommy