Tuesday, 11 April 2017

Mitos Masalah Susu Kurang, Ibu-ibu Perlu Ketahui 5 Perkara Sebenar

Bismillahirrahmanirrahim... 

 
Mitos Masalah Susu Kurang


Kebanyakkan wanita yang pertama kali bergelar ibu, sudah pasti mempunyai niat untuk menyusukan anaknya dengan susu ibu sehingga 2 tahun. Namun, kerana salah faham atau pun dengar-dengar kata orang..niat tersebut terkubur begitu sahaja.

Antara salah faham yang kerap berlaku adalah "susu saya kurang" yang menyebabkan ibu-ibu bertukar kepada susu formula. Sedikit perkongsian yang boleh membantu ibu-ibu memahami tentang penyusuan susu ibu selepas bersalin.



1) Susu melimpah ruah selepas bersalin

Ini adalah jarang-jarang berlaku. Walaupun sudah bersalin beberapa kali, proses untuk pengeluaran susu ini memakan masa juga. Penyusuan susu ibu memerlukan ibu untuk belajar dan praktikkan amalan yang boleh merangsang penghasilan susu ibu. Ianya bukanlah satu proses semulajadi.

Antara amalan yang mudah untuk dilakukan adalah menyusukan bayi pada jam yang pertama selepas kelahiran. Ini adalah untuk merangsang hormon dalam badan dan seterusnya merangsang otak untuk menghasilkan susu. Sebab itu, selepas bersalin nurse akan meletakkan bayi ke atas dada ibu untuk wujudkan bonding dan merangsang hormon kita.

Kak Ummu juga mengamalkan milkbooster yang selamat untuk ibu dan bayi iaitu ESP. Ianya boleh diminum selepas bersalin normal atau berpantang. Selain untuk banyakkan susu, ia juga dapat mengembalikan tenaga dengan segera selepas berhempas pulas bersalin.


2)Payudara sebelah kanan dan kiri mempunyai fungsi berbeza

Ada pernah dengar tak orang-orang tua kata, "breast sebelah kanan adalah nasi, sebelah kiri adalah air". Jadi bila menyusu, kena dua-dua belah barulah baby kenyang.

Ini adalah tidak benar sama sekali. Sebenarnya sus di sebelah kiri dan kanan adalah sama. Berbezanya adalah berkaitan  'foremilk' dan 'hindmilk'. Foremilk adalah susu yang mula-mula keluar dan ia kelihatan cair kerana kandungan air yang lebih banyak berbanding lemak susu. Manakala, hindmilk adalah susu yang lebih pekat yang mengandungi lemak susu dan mengenyangkan baby.

Untuk lebih faham boleh tengok gambarajah di bawah.

Perbezaan Kolustrum, foremilk dan hindmilk

Jadi, ini bermaksud ibu perlu menyusukan anaknya sehingga payudara kempis dan lembut bagi memastikan baby dapat hindmilk untuk mendapat lemak dan berasa lebih kenyang.
 
3)Bayi asyik menangis dan kerap menyusu

Apabila mendengar baby asyik menangis sahaja walaupun sudah diberi susu ibu, ibu-ibu akan beranggapan bahawa susunya tidak cukup untuk membuatkan baby kenyang. Baby memang kerap menangis kerana itu adalah salah satu caranya untuk berkomunikasi. Menangis tidak semestinya memaklumkan baby tersebut lapar, mungkin kerana lampinnya basah, perut kembung, rasa tak selesa kerana panas dan sebagainya.

Baby yang minum susu ibu akan kerap menyusu kerana susu ibu mudah untuk dihadam oleh perut baby. Manakala, baby yang minum susu formula akan tidur lama kerana susu formula lambat dihadam oleh usus bayi. Usus bayi terpaksa bekerja keras untuk menghadam susu. Terdapat bayi yang baru dalam hari sudah diberi susu formula untuk cenderung mengalami sembelit apabila semakin membesar. Lebih baik mencegah daripada mengubati kan? Tanggungjawab ini adalah besar untuk ibu-ibu pikul supaya menunaikan hak si anak.


4) Keturunan saya memang tiada susu

Perkara ini adalah tidak benar. Ada customer kak Ummu yang anak keempatnya diberi minum susu formula semasa masih dalam pantang. Katanya memang keturunan takde susu sebab maknya dulu pun sama. Bila dah beranak ramai, susu akan jadi kurang. Namun, anak kelimanya beliau berniat untuk menyusukan anaknya dengan susu ibu dan akhirnya berjaya. Beliau telah mengambil Set Menyusu Shaklee sebagai salah satu usaha untuk banyakkan susu.


5) Payudara saya tidak bengkak    
Semakin kerap kosongkan payudara, ia membantu untuk menghasilkan lebih banyak susu sama ada direct feeding atau mengepam. Tidak perlu tunggu payudara bengkak. Bekalan susu akan berkurangan jika bayi kurang disusukan kerana ia memberi signal kepada otak bahawa susu tidak diperlukan banyak.

Lebih kerap bayi disusukan lebih banyak susu akan dihasilkan. Susu yang dihasilkan adalah mengikut keperluan bayi dan juga mengikut pertambahan umur bayi.

Ada banyak lagi mitos yang kita dengar yang sebenarnya adalah maklumat yang salah. Jadi ibu-ibu untuk menyusukan anak dengan susu ibu kenalah rajin-rajin menambah ilmu. Kita boleh dengar apa yang disampaikan tapi tak semestinya kena ikut.

Kak Ummu menggunakan Set Menyusu Shaklee untuk menyusukan Irfan dan Ikhwan. Alhamdulillah berjaya lengkapkan penyusuan susu ibu sehingga dua tahun setelah mengharungi pelbagai masalah. Masalah yang berlaku menjadi asbab kepada penggunaan set menyusu ini dan Alhamdulillah belanja yang dikeluarkan memberi manfaat kepada kak Ummu dan anak-anak juga.

Anda mungkin berminat: 


Jika ada apa-apa pertanyaan lanjut tentang produk Shaklee atau berminat untuk order, hubungi :

012-222 9578 (whatsapp)

Konsultansi secara berterusan adalah Percuma. EKSLUSIF untuk customer yang membuat pembelian dari saya. 

Info, tips-tips ada dikongsi di dalam FB Secret grup. Nak join? callin2 saya k..


Ummu Athiyah binti Ismail
Shaklee ID (858104)
Whatsapp 012-222 9578 untuk Join Keahlian atau Berminat Untuk Order
Konsultansi PERCUMA diberikan.
Untuk dapatkan secara COD,saya adalah pengedar Shaklee di kawasan 
Taman Sekamat, Kajang dan Putrajaya serta kawasan berhampiran
Anda boleh dapatkan penjimatan sehingga 33% dengan hanya mendaftar sebagai ahli Shaklee. Pendaftaran hanya RM69 seumur hidup dan nikmati pelbagai keistimewaan sebagai ahli Shaklee.


Disclaimer: Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Related Posts by Categories



0 comments :

 

Copyright © Moms Beauty Shoppe . Designed by Whitey Mommy