Friday, 7 April 2017

Resepi Korean Pancake Mudah dan Sedap

Bismillahirrahmanirrahim...

Salam Jumaat semua

Hari ini tukar topik sikit, selalu cerita tentang tips-tips penyusuan. Kali ni bercerita tentang makanan. Ini lah kesan daripada selalu tengok cerita korea, diorang memang promote atau tunjukkan apa yang diorang makan. Sarapan, makan tengahari, dan makan malam.

Jom tengok resepinya yang diambil dari blog ilhamdapur
Ada sikit perubahan dari segi bahan dan kak Ummu tak makan dengan kicap. Nak cepat makan cicah terus dengan cili sos. Sedap!

Lempeng Korea in making
   
Lempeng Korea Crabstick



KOREAN PANCAKE (PAJEON) 
Bahan-bahan
1 cawan allpurpose flour@tepung gandum 
1 cawan air 1/4 sudu kecil yis kering/mauripan dll - larutkan dalam 1 sudu besar air suam 
sedikit garam 
daun bawang secukupnya - potong dalam 1 inci 
lobak merah secukupnya - sagat panjang 
sedikit minyak sayur 

Sos Kicap 
1 sudu besar kicap manis 
2-3 sudu besar air 
1/2 sudu kecil kicap ikan/nampla 
1 sudu kecil madu/gula 
sedikit cili flakes 
sedikit bijan 
sedikit daun bawang 

Cara 
1. Dalam mangkuk sebatikan semua bahan kecuali sayur (bancuhan ni jangan pekat sangat, kena sayur banyak), kemudian masukkan sayuran. 
2. Dengan kuali non stick, panaskan sedikit minyak dan ratakan bancuhan pankek biar nipis, masak hingga sedikit perang dikedua bahagian. 
3. Setiap kali nak masak yang lain, letak minyak sikit lagi. 
4. Bila dah masak semua, potong 4 atau bergantung pada saiz pajeon. 
5. Untuk sos kicap, sebatikan semua bahan, biar ada rasa sedikit masin yang seimbang.

Resepi ini untuk makan 2 orang. Kalau ramai yang nak makan kena gandakanlah bahan-bahannya ya. Sedap makan panas2..baru sahaja hidang terus makan. Sekejap sahaja dah habis..Alhamdulillah. 

Anda Mungkin Berminat:


Jika ada apa-apa pertanyaan lanjut tentang produk Shaklee atau berminat untuk order, hubungi :

012-222 9578 (whatsapp)

Konsultansi secara berterusan adalah Percuma. EKSLUSIF untuk customer yang membuat pembelian dari saya. 

Info, tips-tips ada dikongsi di dalam FB Secret grup. Nak join? callin2 saya k..


Ummu Athiyah binti Ismail
Shaklee ID (858104)
Whatsapp 012-222 9578 untuk Join Keahlian atau Berminat Untuk Order
Konsultansi PERCUMA diberikan.
Untuk dapatkan secara COD,saya adalah pengedar Shaklee di kawasan 
Taman Sekamat, Kajang dan Putrajaya serta kawasan berhampiran
Anda boleh dapatkan penjimatan sehingga 33% dengan hanya mendaftar sebagai ahli Shaklee. Pendaftaran hanya RM69 seumur hidup dan nikmati pelbagai keistimewaan sebagai ahli Shaklee.


Disclaimer: Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Related Posts by Categories



0 comments :

 

Copyright © Moms Beauty Shoppe . Designed by Whitey Mommy