Tuesday, 16 May 2017

Kafein dan Ibu Menyusu, Adakah Selamat?

Bismillahirrahmanirrahim... 

Bolehkah ibu menyusu minum minuman berkafein? Adakah ia selamat untuk bayi yang minum susu ibunya itu?


Adakah selamat ibu menyusu minum kopi?



Soalan:

Bolehkah ibu yang menyusukan anaknya mengambil kopi? Apakah pengambilannya secara harian boleh meninggalkan kesan buruk kepada bayi?

Jawapan:

Umumnya, ibu yang menyusukan bayi boleh makan atau minum apa sahaja yang diingini asalkan ia diambil dalam kadar yang sederhana. Untuk pengetahuan puan, kebanyakan ibu menyusu boleh minum minuman berkafein asalkan ia dalam amaun yang sederhana. Ketahuilah bahawa segelintir bayi terutamanya yang berumur bawah enam bulan mungkin lebih sensitif terhadap pengambilan kafein oleh si ibu.

Adakah puan minum kopi ketika hamil? 

Saya bertanyakan soalan ini kerana bayi yang mana ibunya mengelak sepenuhnya pengambilan kafein sewaktu hamil memberi lebih reaksi terhadap kafein yang diambil ibunya pada masa kini. Walau bagaimanapun, bayi puan mungkin tidak lagi sensitif sekiranya umurnya melebihi enam bulan. Sehubungan itu, bayi baru lahir perlu mengambil masa yang lebih lama untuk memetabolismekan kafein berbanding bayi yang lebih berusia. Bayi pramatang atau bayi yang sakit juga mempunyai masalah dengan pengambilan kafein oleh si ibu.

Sementara itu, kafein telah diluluskan oleh American Academy of Pediatrics untuk diambil oleh ibu yang menyusukan bayinya. Seperti yang dinyatakan dalam Medications and Mother's Milk (Hale), kafein tergolong dalam Kategori L2 Risiko Laktasi iaitu lebih selamat; paras susu agak rendah (0.06-1.5% dos ibu) dan biasanya meningkat satu jam selepas makan. Oleh itu, jika puan ingin minum kopi, minum selepas sesi penyusuan. Dengan yang demikian, paras kafein akan menurun pada sesi penyusuan seterusnya.

Satu kajian menunjukkan amalan meminum kopi yang kronik mungkin menurunkan kandungan zat besi dalam susu ibu (Nehlig & Debry, 1994). Berdasarkan Breastfeeding Answer Book (Nancy Mohrbacher), pengambilan kafein berlebihan oleh ibu iaitu melebihi 750ml sehari boleh memberi kesan kepada bayi di mana dia menunjukkan tanda-tanda rangsangan terhadap kafein. Bayi yang terlebih rangsangan kafein menjadi aktif, bermata luas dan tidak tidur untuk tempoh yang lama. Dia juga mungkin menjadi cerewet. Jika ini terjadi, kurangkan atau hentikan pengambilan untuk dua hingga tiga minggu untuk melihat sebarang perbezaan.

Jika puan teragak-agak berkenaan amaun kafein, perhatikan kelakuan bayi. Itu sahaja cara untuk puan kenal pasti dan mendapat jawapannya. Amaun kafein yang mungkin menjejaskan bayi adalah berbeza antara seorang bayi dengan bayi yang lain. Ia bergantung pada umur dan tahap kesihatan bayi. Dianggarkan amaunnya perlu kurang daripada cawan bersaiz 5oz atau 500mg/sehari. Malah, pelbagai sumber menyarankan had bagi pengambilan kafein adalah antara 300mg hingga 750mg/sehari. Harap maklumat yang dikongsi ini dapat membantu.

(Soalan dijawab oleh Rita Rahayu Omar, Pakar Laktasi IBCLC)
 

Jika ada apa-apa pertanyaan lanjut tentang produk Shaklee atau berminat untuk order, hubungi :

012-222 9578 (whatsapp)

Konsultansi secara berterusan adalah Percuma. EKSLUSIF untuk customer yang membuat pembelian dari saya. 

Info, tips-tips ada dikongsi di dalam FB Secret grup. Nak join? callin2 saya k..


Ummu Athiyah binti Ismail
Shaklee ID (858104)
Whatsapp 012-222 9578 untuk Join Keahlian atau Berminat Untuk Order
Konsultansi PERCUMA diberikan.
Untuk dapatkan secara COD,saya adalah pengedar Shaklee di kawasan 
Taman Sekamat, Kajang dan Putrajaya serta kawasan berhampiran
Anda boleh dapatkan penjimatan sehingga 33% dengan hanya mendaftar sebagai ahli Shaklee. Pendaftaran hanya RM69 seumur hidup dan nikmati pelbagai keistimewaan sebagai ahli Shaklee.


Disclaimer: Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Related Posts by Categories



0 comments :

 

Copyright © Moms Beauty Shoppe . Designed by Whitey Mommy